Panasnya Hari Ini

Saya Belum Terima Surat Pemecatan – Zakaria

SEPANG: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang dipecat daripada parti, Zakaria Abdul Hamid, belum menerima surat pemecatan daripada PKR pusat.

Beliau yang baru kembali dari luar negara malam tadi, hanya mendapat berita mengenai pemecatannya pada Ahad lalu melalui media.

Zakaria yang berada di Taiwan sejak 24 November lalu, ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi, lapor BH Online.

Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim, mengumumkan pemecatan Zakaria yang juga Ketua Cabang PKR Bera dan ahli PKR Pahang, Ismail Dulhadi, pada 24 November lalu, selepas dipercayai terbabit dengan kes rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu.

Zakaria turut menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Lembaga Disiplin bagi memberi penjelasan berkaitan tuduhan terhadapnya demi menegakkan keadilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");