Sukan Hari Ini

Tiket Perlawanan Malaysia-Indonesia Hampir Habis

KUALA LUMPUR: Macam pisang goreng panas!

Mungkin itu perumpamaan tepat untuk menggambarkan kehangatan jualan tiket bagi aksi menentang Indonesia Selasa ini selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan sebanyak 74,038 tiket untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 itu habis dijual secara dalam talian.

Situasi ini menyaksikan hanya tinggal sedikit lagi baki tiket perlawanan masih boleh dibeli secara dalam talian dan berkemungkinan besar tiada tiket akan dijual secara fizikal di kaunter sekiranya semuanya habis terjual.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam mengharapkan penyokong Harimau Malaya tidak menjadi ‘orang tengah’ dengan menjual tiket diperuntukkan pada penyokong Malaysia kepada penyokong Indonesia.

Katanya, ini bagi memastikan tidak berlakunya masalah terutama dari segi keselamatan serta aliran kemasukan penyokong kedua-dua pasukan ke dalam stadium pada hari perlawanan nanti.

“isu ini terjadi pada perlawanan menentang Thailand apabila jumlah kehadiran penyokong pelawat seramai 5,000 orang dan ini melebihi jumlah tiket diperuntukkan kepada mereka iaitu sebanyak 2,500 tiket.

“Ia berpunca daripada sikap segelintir penyokong Malaysia yang membantu mereka mendapatkan tiket dengan kuota tuan rumah sekali gus menyukarkan pihak keselamatan untuk menempatkan penyokong pelawat ini di tempat sepatutnya.

“Bagi mengelak perkara sama berulang, FAM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ingin menasihatkan supaya tidak menjual hak penyokong Malaysia ini kepada penyokong pelawat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebagai rekod, FAM memperuntukkan sebanyak 4,500 tiket bagi penyokong skuad Garuda seperti dimohon Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");