Perak Hari Ini

Bekas Datuk Bandar Ipoh Dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Yang Baharu

IPOH: Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak yang baharu berkuatkuasa bermula hari ini.

Beliau sebelum ini telah berkhidmat sebagai Datuk Bandar Ipoh sejak 1 Julai lalu.

Perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan oleh Bahagian Korporat Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pagi tadi.

Ahmad Suaidi dilantik bagi menggantikan Datuk Zainal Azman Abu Seman yang telah ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Disember lalu.

Menurut kenyataan sama, beliau turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Ibu Negara, semalam.

Dilahirkan pada 11 Mac 1970 di Pantai Remis, Perak, Ahmad Suaidi telah memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 15 Januari 1996.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Selangor, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor dan Pegawai Daerah di Hulu Selangor dan Gombak.

Ahmad Suaidi mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Informasi Global dan Telekomunikasi dari Universiti Waseda, Jepun dan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Bioteknologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");