Berita Hari Ini

Dilanggar Lari Ketika Kayuh Basikal

ISKANDAR PUTERI: Lelaki maut apabila dilanggar sebuah kereta ketika sedang mengayuh basikal di Jalan Kampung Lalang, Sungai Melayu di sini, pagi semalam.

Menurut Harian Metro, dalam kejadian 7.20 pagi itu, lelaki berusia 41 tahun cedera di bahagian kepala akibat kemalangan berkenaan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 6.50 petang di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa mengayuh basikal dari Taman Perling menuju ke Kampung Sungai Melayu.

“Mangsa dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta dipercayai sebuah Proton Persona dipandu lelaki warga tempatan berusia 25 tahun.

“Akibat daripada pelanggaran itu, basikal mangsa tercampak di tengah jalan dan pemandu kereta terus beredar dari lokasi kemalangan,” katanya.

Beliau berkata, punca kemalangan dipercayai kereta dipandu hilang kawalan dan melanggar belakang basikal mangsa.

Katanya, basikal mangsa itu rosak di bahagian belakang, manakala kereta rosak di bahagian hadapan dan bumbung.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 43(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");