Berita Hari Ini

Erdogan Percaya Turki-Malaysia Dapat Tingkat Kerjasama Dalam Kewangan

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan percaya Ankara dan Kuala Lumpur dapat meningkatkan kerjasama dalam kewangan Islam untuk manfaat bersama.

“Kami (Turki) perlu mengambil kira kewangan Islam dalam agenda kami, menjadikannya satu keutamaan. Kami percaya Malaysia mempunyai kelebihan sebagai perintis dalam kewangan Islam. Jadi kita boleh bekerjasama antara bank kita, peserta swasta … kita mempunyai model seperti Sukuk,” kata beliau.

Presiden itu berkata demikian semasa perbincangan dan sesi meja bulat Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bersama-sama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Iran Hassan Rouhani.

“Jadi ini adalah antara potensi penting di negara kami (Turki). Kita boleh mengadakan butiran, pelan tindakan melalui kumpulan kerja untuk menangani isu-isu ini,” kata beliau sambil menambah bahawa bidang lain yang boleh diterokai ialah teknologi dan inovasi.

Terdahulu, semasa berucap pada sidang kemuncak itu, Erdogan berkata negara-negara Islam perlu memanfaatkan kelebihan mereka dari segi sumber, penduduk dan lokasi geografi untuk faedah mereka.

Beliau juga berkata mereka harus memikirkan kekurangan dan menyusun strategi untuk mengatasi masalah seperti kemiskinan dalam kalangan penduduk Islam.

Menggesa umat Islam agar berusaha mengatasi masalah mereka, presiden itu berkata mereka tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain bagi isu-isu yang menjejaskan ummah. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");