Perak Hari Ini

Majikan Dera Amah Hingga Buta Mengaku Tidak Bersalah

IPOH- Pasangan suami isteri yang juga merupakan majikan kepada seorang pembantu rumah warga Indonesia mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan kekerasan terhadap amah tersebut.

Mahkamah Sesyen kemudian menetapkan 20 Januari sebagai tarikh sebutan semula serta penyerahan dokumen.

Hakim, Azman Abu Hassan memerintahkan kedua-dua diikat jamin sebanyak RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri ke balai berdekataan setiap dua minggu sekali serta menyerahkan passport kepada pihak mahkamah dan hanya boleh dikeluarkan dengan kebenaran.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwaraya, Fadhli Ab Wahab mencadangkan supaya jaminan dikenakan sebanyak RM30,000 dan hukuman minimum tiga tahun penjara atau maksimum 20 tahun.

Tertuduh yang diwakili peguam Matthew Jade kemudian merayu agar jumlah jaminan dikurangkan sebanyak RM7,000 dengan alasan amah tersebut bekerja tanpa permit dan komplikasi mata mangsa bukan disebabkan oleh tertuduh.

Mengikut pertuduhan pertama, pasangan suami isteri berusia 35 dan 36 tersebut dipercayai mendera pembantu rumah berusia 29 tahun yang bekerja dengan mereka dari tahun 2011 hingga 2019.

Bagi pertuduhan itu, kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh yang juga merupakan suri rumah turut di dakwa menyebabkan cedera parah ke atas mangsa yang boleh dihukum di bawah seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang pembantu rumah warga Indonesia hilang penglihatan dan mengalami luka di beberapa bahagian tubuh selepas dipercayai didera majikannya sejak lapan tahun lalu.

Selain itu, muka mangsa bengkak dipercayai ditumbuk dan mangsa juga hilang penglihatan selain berada keadaan trauma serta ketakutan ketika diselamatkan polis dalam serbuan di Jalan Sultan Iskandar pada Oktober lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");