Berita Hari Ini

Ibu Kepada Saifuddin Nasution Meninggal Dunia

Ibu kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Saifuddin Nasution Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar petang tadi.

Setiausaha Akhbar kepada Saifuddin, Hisommudin Bakar berkata Che Gayah Hassan, 74, meninggal dunia pada pukul 6.05 petang kerana sakit tua selepas seminggu dirawat di hospital berkenaan.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Durian, Pokok Sena (dekat Alor Setar) pada pukul 11 malam ini,” katanya dalam satu kenyataan ringkas malam ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");