Perak Hari Ini

Persembahan Kebudayaan Rai 30 Tahun Hubungan Ipoh-Fukuoka

IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini meraikan sambutan 30 tahun Program Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka dengan persembahan kebudayaan dari kepelbagaian seni tarian yang terdapat di Malaysia.

Menurut wakil MBI, program berkenaan merupakan kemuncak bagi hubungan 30 tahun dua bandar berkenaan disamping persembahan kebudayaan berbilang kaum.

“Acara pertama yang dipersembahkan semasa sambutan berkenaan merupakan persembahan deligasi pihak Fukuoka iaitu Japanese Marvelous Drummers yang mana menggunakan instrumen tradisional Jepun.

“Secara tidak langsung, pihak kita juga dapat berkongsi kebudayaan khususnya dari negara ini meliputi Melayu, Cina dan India dengan kebudayaan Jepun,” katanya kepada pemberita di Movie Animation Park Studios (MAPS) hari ini.

 

Turut hadir memeriahkan majlis, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Seramai tujuh orang delegasi dari Fukuoka hadir diketuai oleh Datuk Bandarnya, Soichiro Takashima pada hari ini serta Konsul General Jepun di Pulau Pinang, Shinichiro Kanoya pada esok.

Sementara itu, antara kerangka program yang bakal dijalankan adalah Majlis Penanaman Pokok simbolik Sambutan 30 Tahun Ipoh-Fukuoka di Taman Jepun, lawatan ke Banjaran Hotspring Resort dan banyak lagi.

Bagaimanapun, hubungan kedua-dua Bandar raya ini dimeterai secara rasminya pada 21hb Mac 1989 apabila Datuk Bandar Ipoh yang pertama, Datuk Umar Abu, bersama Datuk Bandar Fukuoka, Keiichi Kuwahara telah menandatangani satu surat perjanjian Program Bandar Raya Berkembar Ipoh-Fukuoka.

Sejak jalinan tersebut dimeterai, ia telah memperkukuh persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua banda raya ini dalam pelbagai bidang terutamanya kebudayaan, pendidikan, sains & teknologi dan pelancongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");