Panasnya Hari Ini

Jawi Siasat Masjid Jamek Diguna Untuk Sumpah Laknat Najib

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memandang serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung sumpah laknat yang dilakukan bekas perdana menteri, Najib Razak di Masjid Jamek Kampong Bharu, Jumaat lalu.

“Untuk makluman, masjid berkenaan adalah di bawah pengurusan Jawatankuasa Kariah Masjid Jamek Kampong Bharu dan tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 505 (Wilayah-Wilayah Persekutuan).

“Jabatan ini amat memandang serius terhadap isu tersebut dan akan membuat siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi memastikan masjid sebagai institusi kesejahteraan ummah terpelihara,” kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Justeru, Jawi menasihatkan orang ramai agar memastikan institusi masjid tidak dipergunakan untuk sebarang kepentingan politik dan peribadi.

“Ini selaras dengan konsep masjid RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami, Hormat) yang menekankan fungsi dan peranan masjid sebagai tempat beribadah dan institusi keharmonian ummah,” jelasnya.

Jumaat lalu, Najib melakukan “sumpah laknat” untuk menafikan dakwaan beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sumpah itu dilakukan di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur selepas solat Jumaat.

Tindakan itu dibuat susulan dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri bahawa bekas presiden Umno itu mengarahkan pembunuhan Altantuya pada tahun 2006.

Dalam Akuan Bersumpah (SD) yang difailkannya, Azilah mendakwa Najib meyakinkannya bahawa Altantuya adalah seorang perisik asing yang merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara.

Bekas cif inspektor itu turut memfailkan permohonan perbicaraan semula dan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atasnya dan seorang lagi bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar pada 2015.

Sirul melarikan diri ke Australia apabila Mahkamah Rayuan membebaskan kedua-dua tertuduh itu pada tahun 2013 dan kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Sydney memeti MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");