Berita Hari Ini

KBS Mahu Anjur Lebih Banyak Dialog Anak Muda Di Luar Bandar

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan lebih banyak program dialog atau sesi Townhall khususnya di kawasan luar bandar bagi mengenal pasti permasalahan yang dihadapi anak-anak muda di kawasan berkenaan.

Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata penganjuran sesi dialog bersama anak muda di kawasan masing-masing dapat memastikan permasalahan yang dihadapi di kawasan berkenaan benar-benar difahami.

“Secara lazimnya sesi dialog atau townhall ini diadakan di kawasan bandar atau di universiti.

“Namun saya rasa program ini lebih baik diadakan di kawasan luar bandar agar kita sendiri mengetahui situasi di kawasan itu,” katanya kepada pemberita selepas program townhall bersama golongan muda di Kimanis, Sabah hari ini.

“Kehendak anak-anak muda adalah berlainan mengikut kawasan….oleh itu pendekatan turun padang adalah yang terbaik untuk menyelesaikan isu anak muda. Zaman di mana kita hanya merancang di dalam pejabat berhawa dingin sudah berakhir,” tambahnya.

Syed Saddiq berkata sesi townhall berkenaan adalah kali ketiga diadakan di Sabah selepas di Keningau dan Ranau.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");