Berita Hari Ini

Kerajaan Pertimbang Wang Ihsan Mangsa Banjir

RANTAU PANJANG – Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan pemberian wang ihsan untuk mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan berkata, sebarang bantuan juga akan mengambil kira kemampuan kewangan kerajaan.

“Kita akan melihat dan mempertimbangkan apakah (bentuk bantuan), berapa banyak dan juga mampu atau tidak,” katanya kepada media hari selepas meluangkan masa hampir satu jam melawat mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, Rantau Panjang.

Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kelantan, Datuk Mumtaz Md Nawi, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan dan Pengarah Nadma negeri, Rosli Ibrahim.

Sebelum ini, mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS mendapat bantuan khas sebanyak RM500.

Dr Wan Azizah berkata walaupun banjir kali ini tidak serius seperti 2014 tetapi berharap semua pihak terlibat bersedia kerana masih dalam tempoh Monsun Timur Laut.

Menurutnya, setakat ini bantuan bekalan makanan mencukupi namun ada beberapa perkara perlu diberi perhatian termasuk mengambil kira keperluan pelbagai peringkat umur memetik Sinar Harian.

“Saya dimaklumkan ada yang perlu diperbaiki terutamanya untuk ibu dan anak-anak kecil, ada yang tidak cukup selimut untuk kanak-kanak.

“Di pusat pemindahan ada juga warga emas, wanita yang berpantang dan sebagainya. Semua ini kita akan ambil kira,” katanya.

Selepas melawat di SK Gual Tinggi, Dr Wan Azizah dijangka singgah di PPS SK Kamel dekat Pasir Puteh sebelum ke PPS SK Amer Besut, Terengganu dan PPS Masjid Kampung Pinang, Kampung Raja Besut di Terengganu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");