Berita Hari Ini

KPDNHEP Jamin Bekalan Bawang Mencukupi

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan bawang mencukupi termasuk ketika sambutan Tahun Baharu Cina bulan depan.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata kerajaan mengimport bawang dari tiga negara selepas India selaku pembekal bawang terbesar negara terpaksa menghentikan import atas beberapa faktor.

“Sekarang kita mengimport bawang dari Belanda, China, dan Pakistan, dan ini menjamin bekalan bawang mencukupi sehingga musim perayaan nanti.

“Tinjauan kementerian mendapati trend kenaikan harga bawang bermula ketika bawang dibawa masuk ke negara kita,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Kembali Ke Sekolah bersama Tesco di Tesco Seberang Jaya di sini, hari ini.

Saifuddin Nasution berkata, pihaknya juga mengambil maklum terhadap laporan akhbar ini yang menyiarkan mengenai ancaman penyeludupan bawang yang didakwa berlaku di sempadan Malaysia dan Thailand.

“Saya sudah beri arahan kepada pegawai supaya meneliti laporan BH dan melakukan penyiasatan kerana hanya BH yang melaporkannya,” katanya.

Hari ini, BH melaporkan bekalan bawang mudah ditemui di pekan Padang Besa (sempadan Malaysia-Thailand) sehingga berlaku lambakan terhadap barang runcit itu.

Penjualan bawang merah dari Malaysia itu menimbulkan tanda tanya kerana ketika berlaku kekurangan bekalan di kebanyakan negeri, kawasan sempadan dan di Thailand pula mempunyai lebihan stok.

Sebelum ini, pengguna di beberapa negeri merungut apabila harga bawang merah India yang biasanya dijual pada RM4 sekilogram kini mencecah RM16 sekilogram.

Semalam, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dilaporkan menjangkakan bekalan bawang merah India yang berkurangan sehingga berlaku kenaikan harga di negara ini pulih menjelang Februari depan.

Krisis kekurangan bekalan bawang India itu berlaku sejak tiga bulan lalu berikutan banjir di negara itu dan FAMA sudah mengambil beberapa langkah segera dengan mengimport bawang merah dari negara lain seperti China, Pakistan dan Mesir sebanyak 106,395 tan metrik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");