Perak Hari Ini

KPDNHEP Perak Catat RM4.17 Jumlah Nilai Rampasan

IPOH: Sejumlah RM4.17 juta nilai barangan telah dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak sepanjang tahun ini atas pelbagai kesalahan yang melanggar akta prihal dagangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, V Ravichandran berkata sehingga Disember ini, sebanyak 1261 kes telah dicatatkan dengan keseluruhan jumlah kompaun yang dikenakan ialah RM363,200.

“Jumlah denda bagi kes-kes yang didakwa di mahkamah adalah sebanyak RM137,100.

“Manakala bagi jumlah nilai lucut hak sehingga Disember ini, sebanyak RM340,144 telah dicatatkan.

“Kita akan meneruskan dan melipatgandakan usaha bagi menjalankan pemeriksaan ke semua premis di seluruh negeri,” katanya.

Difahamkan, bagi tempoh sama KPDNHEP Perak telah menjalankan pemeriksaan ke semua 87,314 premis seluruh negeri yang mana daripada jumlah tersebut, 75,901 premis bandar dan selebihnya premis luar bandar.

Mengulas lanjut, Ravichandran berkata kesalahan tertinggi yang dicatatkan adalah berkenaan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan masing-masing.

“Kita dapati masih ramai kalangan peniaga gagal meletakkan tanda harga dengan sebahagian kecil barangan tidak mempunyai pelabelan oleh pengeluar, pengimport, pengedar dan pemborong. Bagi kesalahan ini sahaja, sebanyak 520 kes dihasilkan.

“Begitu juga berkaitan alat timbang dan sukat dimana 409 kes dicatatkan melibatkan peniaga gagal menentusahkan peralatan mengikut akta ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Operasi Penguatkuasaan Ops Catut 6.0 di Pasaraya Econsave Bercham, dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Chua Yong Chiang.

Bagi operasi tersebut, Ravichandran berkata sebanyak 43 notis pengesahan harga telah dikeluarkan yang mana ka membabitkan 43 premis yang merangkumi sektor pengilang, pemasaran am, pengedar, pemborong dan peruncit di seluruh Perak sejak 1 Disember lalu.

Jelsnya pemeriksaan dijalankan ke atas 215 jenis barangan makanan dan minuman, barangan isi rumah, tekstil, perabot, kasut dan barangan elektrik.

“Penguatkuasaan ini melibatkan tiga fasa sehingga Jun depan. Kita akan menilai semula kategori-kategori barangan ini sama ada berlaku atau tidak sebarang perubahan harga jualan.

“Ini bagi mengekang aktiviti pencatutan dan manipulasi harga dengan memastikan tidak berlaku kenaikan harga barangan secara tidak terkawal terutama dengan pelaksaan dasar baharu kerajaan menerusi Program Subsidi Petrol (PSP) yang dijangka memberi impak secara tidak langsung ke atas harga barangan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");