Perak Hari Ini

MBI Rangkul Piala Datuk Bandar Ipoh 2019

IPOH: Skuad Bola Sepak MBI berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Bandar Ipoh 2019 selepas menewaskan Majlis Bandaraya Alor Setar 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Perak pada Ahad.

Menurut satu kenyataan, kejayaan tersebut diperoleh menerusi tandukan pemain MBI K.Divinesh yang menerima hantaran daripada ketua pasukan Muhamad Fadli Zahari pada babak pertama permainan.

Kemenangan itu melayakkan MBI membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta piala pusingan, piala iringan dan medal.

Selain muncul juara, MBI turut memenangi dua kategori lain iaitu Pemain Terbaik Perlawanan Akhir menerusi kapten pasukan, Muhamad Fadli Zahari dan Penjaga Gol Terbaik, Muhamad Firdaus Ahmad Termize sementara anugerah Penjaring Terbanyak dirangkul oleh pemain Majlis Bandaraya Alor Setar.

Hadiah-hadiah kepada pemenang disampaikan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Pada acara edisi kelima penganjuran itu ia disertai 10 pasukan bola sepak yang antaranya terdiri daripada pasukan bola sepak Majlis Daerah Cameron Highlands, Majlis Daerah Besut, Majlis Perbandaran Ampang Jaya, serta Majlis Bandaraya Johor Bahru

Setiausaha MBI merangkap pengurus Pasukan Bola Sepak MBI Mohd Zakuan Zakaria berkata, pasukannya berjaya mengharungi sepanjang tempoh kejohanan yang diadakan ini dengan menerapkan tahap disiplin yang tinggi dan mempamerkan aksi berpasukan yang meyakinkan.

Katanya, walaupun semua pemain agak keletihan namun pengalaman bermain di beberapa kejohanan kompetitif sepanjang tahun ini telah menjadi bekalan kepada pasukan bimbingan Datuk M. Karathu itu untuk memastikan menjuarai kejohanan edisi 2019.

“Kemenangan ini merupakan kejuaraan sulung pasukan MBI kerana dalam dua edisi sebelum ini, yang mana kejohanan ini didominasi oleh pasukan MBI 2.

“Namun pada edisi tahun ini, pasukan MBI 2 gagal mencipta hatrik untuk muncul juara apabila tersingkir di separuh akhir.

“Walau bagaimanapun, kemenangan pasukan MBI ini pastinya menyuntik moral pemain untuk terus beraksi cemerlang dalam kejohanan akan datang,” katanya.

Untuk rekod, Pasukan Bola Sepak MBI menerusi MBI 2 juga telah menjuarai Piala FA Persatuan Bola Sepak Ipoh dan kedua-dua pasukan itu pada masa kini sedang mendahului carta Liga Super Persatuan Bola Sepak Ipoh yang berbaki dua perlawanan untuk musim tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");