Berita Hari Ini

Mohd Zuki KSN Baharu Berkuat Kuasa Esok

PUTRAJAYA: Datuk Seri Mohd Zuki Ali dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkuat kuasa 1 Januari 2020.

Beliau yang kini menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, akan menggantikan Tan Sri Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, atas perakuan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, memperkenankan pelantikan itu.

Mohd Zuki, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Nanyang University, Singapura, sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ismail atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan KSN.

Ismail dilantik sebagai KSN pada 28 Ogos 2018, menggantikan Tan Sri Dr Ali Hamsa memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");