Berita Hari Ini

Mungkin Stor Senjata Zaman Perang

IPOH- Kawasan sekitar Pelabuhan Darat Terminal Kargo Ipoh di Jalan St John dipercayai antara stor simpanan bom dan peluru ketika zaman Perang Dunia Kedua susulan penemuan puluhan bom lama termasuk periuk api di kawasan terbabit, hari ini.

Secara keseluruhan, 29 bom jenis uxo artillery bersaiz 105 milimeter (mm), 30 periuk api dan 30 peluru lama bersaiz 7.62mm ditemui hari ini di kawasan tapak pembinaan landasan baru di terminal terbabit.

Penemuan terbaru itu adalah kali kedua selepas penemuan pertama dilaporkan pada Jumaat lalu membabitkan lapan bom di kawasan sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada penyelia tapak projek pembinaan landasan baru di terminal kargo itu pada 9.30 pagi memaklumkan penemuan bom disyaki peninggalan zaman Jepun itu.

Menurutnya, sebanyak 89 objek besi disyaki bom dan peluru lama itu ditemui dan penyelia terbabit mengesyaki terdapat banyak simpanan bom dan peluru peninggalan zaman Perang Dunia Kedua di kawasan itu.

“Susulan maklumat diterima, Timbalan Ketua Balai Polis Ipoh, Sub Inspektor Ahmad Bahari bersama beberapa anggota polis tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kerja mengorek bagi membina landasan baru menggantikan landasan kereta api lama sedang dilakukan di kawasan terbabit.

“Semasa kerja mengorek tanah dijalankan penyelia projek bersama pekerja menjumpai beberapa objek dipercayai bom dan peluru.

“Objek dijumpai adalah 29 unit bom jenis uxo artillery 105mm, 30 bom jenis periuk api dan 30 peluru 7.62mm yang sudah berkarat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, susulan penemuan itu pihak kontraktor diarahkan supaya menghentikan sementara kerja mengorek tanah oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan kawalan di pintu masuk tempat kejadian dilakukan sehingga selesai pemeriksaan.

Menurutnya, pada 2 petang, semua bom dan peluru yang ditemui itu dibawa ke Lapang Sasar Chenderiang Tapah untuk tindakan susulan iaitu pelupusan memetik laporan HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");