Sukan Hari Ini

Perak Tak Jadi Dapatkan Pemain Vietnam

PERAK membuat keputusan untuk tidak mengambil khidmat pemain bola sepak dari Vietnam untuk memperkasakan pasukan dalam kancah Liga Malaysia musim 2020.

Menurut laporan portal Stadium Astro, Pengurus pasukan skuad The Bos Gaurus (TBG), Datuk Adly Shah Ahmad Tah, berkata bayaran yang diminta oleh pemain itu terlalu tinggi iaitu lebih USD20,000 (RM90,000).

“Memang mereka bagus tetapi bayaran diminta terlalu tinggi. Perak tidak mampu. Jadi, kami akan teruskan pencarian pemain import,” katanya.

Sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) ada menyuarakan hasrat bagi mendapatkan khidmat pemain Vietnam berikutan persembahan cemerlang negara itu dalam pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia serta muncul juara Sukan SEA Filipina, minggu lalu.

Dilaporkan setakat ini, Perak sudah memiliki tiga pemain import iaitu Leandro Dos Santos, Raianderson Da Costa Morais dan Guilherme De Paula.

Difahamkan TBG juga sedang menguji pemain pertahanan dari Korea Selatan, Hyo Seok Jeon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");