Membawang Hari Ini
Like

“Ramai Yang Nak Mengurat Saya, Puas Tangan Nak Menepis”

December 26, 2019
526 Views
0 Comments
1 minute read
“Ramai Yang Nak Mengurat Saya, Puas Tangan Nak Menepis”

Empat kali kecundang dalam rumah tangga, produser terkenal Datuk A.Aida memberitahu ramai jejaka yang cuba mendekati dan memikatnya selepas bercerai dengan pelakon berbadan sasa, Ariff Aziz pada Jun lalu.

Bagaimanapun, A.Aida berkata buat masa ini dia mahu memberi fokus pada kerjaya dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding soal jodoh. Malah, A.Aida mengakui dia sudah serik dengan kehidupan terdahulu.

“Bukan nak cakap besar, tetapi mereka yang nak mengurat saya tu, puas tangan nak menepisnya. Tapi, sebab saya dah selesa dengan kehidupan begini, jadi saya rasa biarlah sekejap.

“Lagipun, saya dah serik dengan kehidupan lalu. Saya sudah empat kali kecundang dalam perkahwinan sebelum ini. Saya sedang cuba untuk memenuhi apa saja impian anak, pusing dunia dengan anak-anak. Saya dah tak nak fikir untuk mencari pasangan buat masa ini,” katanya kepada mStar Online.

Memikipun memiliki harta dan kekayaan, A.Aida sebak apabila dia sering gagal dalam perkahwinan dan tidak bertemu lagi kebahagiaan.

“Betullah kata arwah mak dulu, Tuhan beri saya segala-galanya tapi bila bab suami, memang ada kekurangan di situ. Kalau dengar dia cakap begitu sampai mengalir air mata, ia perkara yang benar-benar terjadi kepada saya hingga kini,” katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata dia tidak menolak andai ditemukan andai suatu hari nanti ada jodoh yang hadir dan rezeki untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Komen & Pendapat

Comments are closed.