Berita Hari Ini

RM30.6 Bilion Untuk Kesihatan Rakyat Pada 2020

SHAH ALAM – Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM30.6 bilion bagi memastikan rakyat memperoleh akses penjagaan kesihatan berkualiti untuk semua pada 2020.

Peruntukan tersebut lebih tinggi berbanding sebanyak RM28.7 bilion pada belanjawan tahun lalu yang bertujuan mengurangkan beban perbelanjaan penjagaan kesihatan awam.

Peruntukan yang diumumkan itu merangkumi tujuh perkara, antaranya RM1.6 bilion bagi pembinaan hospital baharu dan menaik taraf serta membesarkan hospital sedia ada termasuk Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor; Hospital Kampar, Perak; Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

Sebanyak RM319 juta diperuntukkan bagi membina dan menaik taraf klinik kesihatan serta pergigian dan kemudahan kuarters.

Selain itu, peruntukan permulaan sebanyak RM60 juta akan disediakan kepada semua kanak-kanak pada 2020.

Bagi memastikan perkhidmatan kecemasan dan trauma lebih responsif, sebanyak RM59 juta akan diperuntukkan bagi menambah bilangan ambulans melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam peruntukan yang sama, sebanyak RM227 juta disediakan bagi menambah baik peralatan perubatan, manakala sebanyak RM95 juta untuk pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan seperti di Hospital Pontian, Johor.

Sebanyak RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan menyelenggara perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang antara lain untuk melaksanakan projek rintis bagi sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) di hospital, manakala sebanyak RM5 juta bagi perkhidmatan Klinik Bergerak untuk memudahkan penduduk di kawasan luar bandar terutama orang asli memetik Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");