Perak Hari Ini

Tiada Kadar Gaji Baharu Jika Majikan Tidak Perbaharui Perjanjian

IPOH- Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar (KEPAIM) Semenanjung Malaysia bakal menghadapi kemungkinan tidak mendapat kadar gaji baharu seperti yang ditetapkan oleh kerajaan jika majikan mereka enggan memperbaharui perjanjian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata, beliau mahu pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) mengambil tindakan segera berhubung perkara tersebut.

Katanya, pihak KEPAIM bersama majikan mempunyai satu perjanjian berkaitan dengan penyelarasan gaji dan perkhidmatan di mana akan diperbaharui bagi tempoh tiga tahun dengan nilai pelarasan sebanyak 30 peratus.

“Tempoh perjanjian berkenaan dikatakan akan tamat pada Disember ini tetapi masalah yang dihadapi bersama majikan ataupun syarikat adalah perbincangan berkaitan perkara ini tidak dapat diselesaikan.

“Aduan kepada JPP dan saya mahu pihak JPP bertindak segera bagi menyelesaikan perbincangan tersebut,” katanya.

A. Sivanesan bersama Pengerusi KEPAIM, Ismail Yahya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Amanah Ikhtiar (KEPAIM) Semenanjung Malaysia ke 9 di Hotel Impiana, hari ini.

Tambah Sivanesan, pihak majikan perlu faham bahawa jikalau mereka melewatkan perbincangan tersebut, tidak bermakna mereka boleh lari dari perjanjian tersebut.

“Sepatutnya bermula 1 Januari 2020, mereka perlu mendapat gaji dengan terma-terma perhidmatan yang baru tetapi jika perbincangan tersebut dilanjut sehingga tahun hadapan, majikan di bawah undang-undang perlu membayar mereka.

“Saya juga akan memanggil pihak majikan dan membincangkan perkara ini secepat mungkin dan jika JPP tidak dapat menyelesaikan masalah ini, saya akan memanggil kedua-dua pihak mengenai alasan perkara ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Kesatuan tersebut telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan kini terdapat seramai 1226 orang ahli di mana dikhaskan kepada kakitangan yang berkerja dengan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");