Berita Hari Ini

Ackbal Dilantik Panglima TUDM Yang Baharu

SUBANG – Timbalan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Left Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-19 berkuat kuasa hari ini.

Menurut Bernama, beliau menggantikan Jen Tan Sri Affendi Buang yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Ackbal dipakaikan sendiri oleh Affendi di Pangkalan Udara Subang, di sini. Selain itu, Affendi turut menyerahkan tongkat kuasa Panglima TUDM kepada Ackbal dalam majlis serah terima tugas jawatan nombor satu TUDM itu.

Sementara itu, Affendi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Ackbal yang menurutnya merupakan calon paling sesuai untuk menerajui TUDM.

“Saya yakin Ackbal akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan TUDM dan seterusnya memimpin TUDM ke arah wawasan TUDM untuk menjadi satu kuasa yang unggul,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");