Perak Hari Ini

42 Saman Merokok Di Sekitar Perak Dikeluarkan Pada Hari Pertama

IPOH- Sebanyak 42 saman telah dikeluarkan di negeri ini oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari pertama perlaksanaan larangan merokok di premis makanan yang berkuatkuasa pada Januari 2020.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pada hari pertama operasi, sebanyak 612 buah premis telah diperiksa yang mana hasilnya menunjukkan satu statistik yang serius.

“Sebanyak 42 saman telah dikeluarkan iaitu sebanyak 26 saman kepada perokok yang merokok di dalam kawasan larangan merokok serta 10 premis di mana gagal mempamerkan notis serta menggalakkan pelanggan merokok di dalam restoran.

“Selebihnya adalah sebanyak enam saman telah dikeluarkan kepada mereka yang berumur 18 tahun dan kebawah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan alat kesihatan LEGA iaitu alatan inovasi tempatan yang akan membantu mereka yang mempunyai masalah paru-paru di Klinik Kesihatan Gunung Rapat, hari ini.

Sementara itu katanya, sebaik sahaja keraja mengumumkan usaha untuk meluaskan kawasan larangan merokok, terdapat peningkatan yang ketara terhadap Klinik Berhenti Rokok bagi tahun 2019.

“Setakat ini, sebanyak 18,600 perokok telah berjaya berhenti merokok melalui program yang dijalankan di bawah kementerian kesihatan.

”Saya juga menyeru kepada para perokok untuk menggunakan peluang tersebut untuk berubah dan mengurangkan aktiviti merokok dimana jika para perokok hendak berhenti merokok, boleh ke terus klinik kesihatan untuk dapatkan bantuan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");