Membawang Hari Ini

Awal Kembali Ke Pangkuan Melodi

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari kembali menerajui Melodi selepas dua tahun meninggalkan program hiburan popular terbitan TV3 itu.

Kali pertama menjalankan tugas itu, Ahad lalu, Awal atau nama penuhnya, Ahmad Awaluddin Ashaari, 38, mengaku tertarik menerima tawaran selepas produksi memberinya peluang mengendalikan segmen sendiri dalam program berdurasi 90 minit itu.

“Apabila ditawarkan mengacarakan Melodi sekali lagi, saya ambil masa membuat keputusan kerana pernah menggalas tugas sama.

“Untuk kembali semula, saya mengharapkan sesuatu yang baharu agar dapat memberi kelainan. Jadi, saya mencadangkan segmen di mana saya menemuramah artis yang berdepan kontroversi secara hati ke hati.

“Pihak produksi bersetuju cuma berpesan saya perlu serius melakukannya dan tidak boleh umpama melepaskan batok di tangga,” katanya kepada BH Online.

Ditanya bagaimana dia mencipta keserasian dengan gandingannya dalam Melodi, iaitu Janna Nick, suami kepada aktres Scha Alyahya ini yakin tidak berdepan masalah.

“Dalam episod pertama, Ahad lalu, kami seronok. Janna ‘gila-gila’ dan boleh melayan saya. Sama juga, saya boleh serasi dengannya.

“Alhamdulillah, ramai penonton memberi maklum balas positif selepas menyaksikan gandingan kami,” katanya yang pernah mengacarakan Melodi bersama AG selama enam tahun.

Awal yang membintangi filem Puaka Niyang Rapik, semalam menghadiri sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL34), di sini memetik BHarian.

Pada majlis itu, Awal, Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni diumumkan sebagai pengacara AJL34 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, pada 9 Februari depan mulai jam 9 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");