Membawang Hari Ini

Drama Melayu: ‘Hati-Hati Macam Mana Pun, Kita Tetap Kena Lahar Balik’

Mengaku hentam kromo bukan sifatnya, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin, meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir warganet yang gemar membuatkan kandungan sesebuah drama kelihatan bodoh belaka.

Kata Shahrulezad, “spesies” penonton yang sengaja gemar mencari kelemahan drama tempatan – bertujuan menggembar-gemburkan sesuatu isu – demi meraih perhatian sangat menyakitkan hati.

Menurutnya, komen-komen kasar dilontarkan mereka itu membuatkan penggiat drama berasa jauh hati untuk menyentuh drama-drama berkaitan dunia perubatan.

“Masalahnya di sini, apabila ada spesies penonton Melayu yang memang sengaja suka mencari kelemahan drama tempatan.

“Kadang-kadang (rasa nak) give up(menyerah kalah) nak sentuh drama berkaitan dunia perubatan disebabkan perangai sesetengah netizen kiasu yang buat pembikin drama ni macam bodoh-bodoh belaka

“Saya menyeru semua penggiat drama Malaysia, tak payahlah dekati cerita yang ada kena mengena dengan hospital, sebab berhati-hati macam mana sekali pun dalam pembikinan tetap kita juga yang kena lahar balik,” katanya di media sosial.

Drama yang mendapat arahannya, Adellea Sofea, melabuhkan tirainya kelmarin selepas bersiaran selama 28 episod di TV3.

Namun, dalam episod terakhir, plot memaparkan Adellea Sofea – watak dijayakan Mira Filzah – melawat suaiminya Firdaus (Ungku Ismail) yang terlantar koma di hospital mengundang perhatian warga maya hingga tular di Internet.

Selain mencetus polemik, naskhah itu juga disifatkan sebagai drama Melayu tidak berkualiti apabila watak berkenaan mendendangkan beberapa rangkap lagu M Nasir, Tanya Sama Itu Hud Hud, sambil bermain gitar di depan suaminya yang tidak sedarkan diri.

Hal itu dianggap menjadi lebih melucukan apabila Firdaus tiba-tiba terjaga dan kemudian menyambung lirik dinyanyikan Sofea.

Tidak kurang juga ada segelintir mempertikaikan mengapa si isteri tidak membaca surah Yasin, selain membangkitkan isu penggunaan peralatan hospital yang didapati tidak bersesuaian dengan pesakit koma.

Menjelaskan pertikaian itu, pengarah drama Nur itu berkata, tugas seorang pengarah bukan ‘menyuap’ penonton sebaliknya terpulang pada kebijaksanaan mereka untuk mentafsirkan maksud yang ingin disampaikan.

“Kamu kenalah belajar mencari jawaban kenapa setiap visual dipaparkan tu. Kang(Nanti) kalau orang cakap bangsa Melayu tu pemalas maghahhhh…haaa…maghah! Maghah!” katanya.

Mengulas lanjut, Shahrulezad berkata, penggambaran babak di hospital pula bukan dibuat sesuka hati sebaliknya dirujuk kepada nasihat pakar selain menelan belanja hingga ribuan ringgit sehari memetik MKini.

“Produksi kena habiskan hampir ribuan ringgit sehari hanya untuk khidmat nasihat cara menggunakan peralatan perubatan untuk kes koma. Apa yang kamu tengok di televisyen tu ikut nasihat pakar bulat-bulat ye,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");