Berita Hari Ini
Like

Guan Eng Nafi Harga Kenderaan Naik

January 21, 2020
172 Views
0 Comments
1 minute read
Guan Eng Nafi Harga Kenderaan Naik

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menafikan harga kereta akan meningkat memandangkan kerajaan belum mencapai sebarang persetujuan berkaitan penstrukturan semula duti eksais.

Beliau berkata perubahan itu – sekiranya ada, tidak akan memberi kesan ke atas kadar duti eksais semasa.

“Sekiranya ada sebarang perubahan, ia mesti dilaksanakan secara berperingkat dan bukannya tiba-tiba. Kita sedang berbincang mengenai perkara itu bagi memastikan ketelusan (dari segi pelaporan) supaya kita boleh terus memenuhi obligasi kita terhadap Pertubuhan Perdagangan Dunia,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Belanjawan 2020: Skim Jaminan Kerajaan untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana oleh Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Bhd (SJPP) di sini.

Guan Eng berharap semua pihak menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan dan tidak terpengaruh dengan sebarang spekulasi di dalam pasaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan mengenai potensi kenaikan harga bagi kenderaan yang dipasang di peringkat tempatan susulan kemungkinan penstrukturan semula duti automotif.

Menurut laporan berkenaan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Kementerian Kewangan sedang berbincang untuk menentukan kadar semakan bagi dasar duti eksais melibatkan kenderaan yang menjalani pemasangan tempatan.

Komen & Pendapat

Comments are closed.