Berita Hari Ini

Hanya 60 Peratus Maklumat Daripada 1MDB Diperoleh Untuk Laporan Audit

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) hanya memperoleh 60 peratus maklumat yang diperlukan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menyiapkan Laporan Akhir Audit untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sehubungan itu, jabatan berkenaan terpaksa mendapatkan maklumat lain daripada pihak ketiga termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan selepas tidak menerima kerjasama sepenuhnya daripada syarikat pelaburan strategik negara itu.

Bekas Pengarah Audit JAN, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad yang memberikan keterangan di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata ia berikutan pihaknya menunggu masa selama berbulan-bulan untuk mendapatkan maklumat terbabit daripada syarikat itu.

Saadatul Nafisah yang menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak pada sesi soal balas berkata, beliau juga beberapa kali menghubungi Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Saadatul Nafisah berkata demikian ketika menjelaskan mengapa pihaknya terpaksa mendapatkan pihak ketiga untuk memperoleh maklumat bagi menyiapkan laporan berkenaan.

Saksi pendakwaan ketujuh itu juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak memberikan laporan interim dan laporan akhir audit kepada 1MDB dan pihak lain kecuali kepada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib iaitu Tan Sri Shukry Mohd Salleh.

Ditanya Muhammad Shafee sama ada Shukry adalah lebih penting, saksi itu menjawab: “Saya diarahkan untuk berbuat demikian.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");