Perak Hari Ini

Harga Vaksin Inflenza A Semakin Melampau…

IPOH: Harga vaksin atau ubat-ubatan wabak Influenza A dilaporkan meningkat secara mendadak sejak Disember lalu di hospital dan klinik-klinik swasta.

Media sebelum ini melaporkan vaksin tersebut yang pada asalnya berharga RM50 dan RM70 melambung sehingga RM150.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa bagi mengawal harga vaksin berkenaan sebaliknya ia terpulang kepada kepada pihak syarikat yang membekalkan dan klinik swasta yang membeli.

Namun jelas beliau, tidak ada unsur monopoli berkenaan pembekalan vaksin tersebut yang mana pihak klinik swasta sentiasa mempunyai pelbagai alternatif lain bagi mendapatkan vaksin atau ubat dengan harga yang lebih murah.

Sementara itu ujar Boon Chye bekalan vaksin dan ubat-ubatan di hospital serta klinik kerajaan masih mencukupi.

“Setakat ini vaskin dan ubat-ubatan Influenza masih mencukupi di Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak banyak digunakan. Cuma di pihak swasta mereka perlu mendapatkan stok baru sekiranya habis.

“Ada yang dikesan ada memohon pada Disember lalu, namun baru akan memperolehi dalam beberapa minggu lagi. Namun, ia terpulang kepada tempoh masa vaksin itu siap diproses oleh pembekal,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan lawatan kerjanya ke Klinik Kesihatan Jalan Bijeh Timah, dekat sini, hari ini.

 

Ia dilaporkan kerana ramai ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi vaksin anti-virus itu kepada anak mereka.

Sementara itu, Boon Chye mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu panik dengan virus tersebut dan sekiranya dijangkiti mereka dinasihatkan untuk berehat serta segera berjumpa dengan doktor.

Jelas beliau lagi, Influenza yang ada di negara ini tidak ada kaitan malah virusnya berlainan daripada kes koronavirus yang dilaporkan berlaku di di Thailand dan China akibat pelancong yang datang daripada Wuhan, China.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak panik kerana virus kes koronavirus tidak berlaku disebabkan perpindahan virus manusia ke manusia. Ia sebaliknya disebabkan makanan laut di sana.

“Sekiranya ada pun risiko, mereka yang datang dari daerah itu masuk ke negara kita, kita akan membuat saringan terlebih dahulu dan berkemungkinan akan dikuarantin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");