Perak Hari Ini

Hiasan Tahun Baru Cina Di Sekolah: Jangan Jadikan Sekolah Medan Perkauman- DAPSY

IPOH- Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempersoalkan tindakan seorang individu yang dilihat cuba menyemai benih perkauman dan perpecahan melalui hiasan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Bandar Puchong baru-baru ini.

Laporan kepada pihak sekolah dari Parti Peribumi Perkasa Malaysia (PUTRA) juga seolah-olah menjadika sekolah sebagai medan perkauman dan anak-anak sebagai alat politik untuk menyemai kebencian.

Ketua DAPSY, Howard Lee Chuan How berkata kenyataan yang dibuat oleh individu berkenaan iaitu BuzzeAzam adalah sesuatu yang tidak boleh diterima lebih-lebih lagi mengenai hiasan tersebut sama ada ianya benar bersifat perkauman dan memupuk perpecahan antara rakyat Malaysia atau tidak.

“Saban tahun, negara kita yang majmuk akan meraikan kepelbagaian perayaan kebudayaan di mana tradisi ini telah dijalankan sebelum merdeka dan menjadi satu acara kebangsaan selepas wujudnya Malaysia.

“Tidak terjangka oleh kami bahawa hiasan Tahun Baru Cina boleh dijadikan modal oleh individu seperti BuzzeAzam sebagai satu politik kotor.

“Bagi saya, satu tuduhan yang tidak berasas bahawa hiasan ini keterlaluan dan tidak berpelembagaan kerana ianya tidak masuk akal,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan di luar Ibu Pejabat Polis Derah Ipoh, hari ini.

Katanya, belum pernah lagi berlakunya insiden seperti yang digunakan oleh BuzzeAzam sebagai ‘menyakitkan mata dan bertentangan dengan perlembangaan’ setiap kali tibanya musim perayaan.

“Adakah hiasan yang wujud di serata Malaysia apabila tiba perayaan Tahun Baru Cina kesemunya tidak berpelembagaan. Habis tu untuk 60 tahun yang lepas, apakah itu kalau tidak berperlembangaan?

“Beliau turut menyebut wujudnya unsur-unsur keagamaan tetapi bagi orang seperti beliau yang tidak celik budaya, tahun baru Cina ini tidak ada langsung segala unsur keagamaan.

“Langsung tidak masuk akal apa yang beliau perkatakan dan tuduhan itu adalah kosong dan tidak berasas,” katanya.

Tambah beliau lagi, jika hiasan di sekolah dilihat sebagai suatu yang salah jadi, apakah perbezaan di antara hiasan Tahun Baru Cina di sekolah dengan pusat membeli belah.

“Tiada beza. Adakah beliau ingin membuat laporan kepada semua pusat membeli belah yang ada?

“Beliau turut mengugut pihak sekolah dengan kenyataannya yang membawa kepada sikap ketakutan kepada pihak sekolah serta masyarakat di mana ianya dilihat sebagai melanggar kesemua titah duli Yang Dipertua Agong.

“Perkara mana yang lebih bercanggah dengan perlembangaan? Adalah dengan menakut-nakutkan rakyat atau menggantung hiasan tahun Baru Cina kerana menjelang perayaan tersebut.

“Bagi saya perkara ini bukan setakat membawa emosi yang kurang selesa kepada masyarakat Cina malahan masyarakat Melayu, India dan lain-lain yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Sementara itu kata Howard, pihaknya membuat laporan sedemikian supaya pihak polis dapat menyiasat niat dan tujuan BuzzeAzam menular berita yang begitu menghasut

“Jelas sekali niatnya adalah untuk memupuk dan menyemai benih kebencian di mana bertentangan dengan perlembagaan.

“DAPSY tidak akan sekali-kali berkompromi dengan narratif dan sikap memupuk ketakutan serta kebencian dalam kalangan rakyat seperti yang dilakukan BuzzeAzam,” katanya. Um

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");