Perak Hari Ini

Kitar Semula Adalah Peluang Untuk Jana Pendapatan

IPOH- Kerajaan negeri menyokong penuh usaha badan bukan kerajaan(NGO) bagi membangunkan hub kitar semula di negeri ini disamping membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee Chuan How berkata, usaha dari Persatuan Rejuvunasi Pemikiran Masyarakat (PRPM) sebenarnya memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sampah dapat ditukar kepada sumber kewangan.

“Perkara ini merupakan satu perniagaan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat yang mana ianya tidak memerlukan peruntukan dari kerajaan sekaligus PRPM juga dapat meningkatkan kesedaran rakyat bahawa sampah boleh dijadikan sumber rezeki melalui kitar semula,” katanya ketika sidang media semasa pembukaan Pusat Kitar Semula 1269 Jalan Pasir Pinji, hari ini.

Pusat kitar semula yang terletak di 1269 Jalan Pasir Pinji itu, dibangunkan untuk mengutip barangan pepejal seperti plastik, besi, barangan elektronik, kain dan lain-lain di mana pelanggan yang datang akan dibayar secara tanpa tunai dengan menggunakan e-wallet.

Menurut Howard yang merupakan Exco kerjaan negeri, beliau mewakili kerajaan negeri untuk menyampaikan bantuan kepada PRPM sebagai permulaan projek.

“Sebagai permulaan projek, saya mewakili kerajaan negeri untuk menyampaikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada pihak PRPM tetapi dengan beberapa syarat pelaksaan.

“Pihak PRPM perlu berjaya dalam projek ini dengan tiga hala tuju yang perlu dijadikan objektif utama iaitu dengan mengurangkan sisa pepejal dan pembuangan sampah disamping meningkatkan jumlah barangan kitar semula di Pasir Pinji.

“Hala tuju kedua adalah mencantikkan atau mendidik masyarakat serta komuniti untuk bersama-sama dengan pihak NGO dan kerajaan negeri.

“Seterusnya iaitu yang ketiga adalah melahirkan masyarakat tanpa tunai pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu kata Pengarah PRPM, Victor Chew, hub kitar semula tersebut merupakan yang pertama dan lagi 10 hub bakal dibangunkan di kawasan Ipoh iaitu di DUN-DUN.

“Antara kawasan yang menjadi tumpuan bagi membangunkan hub ini adalah di Bercham, Tebing Tinggi dan Taman Canning.

“Tindakan membuka hub ini adalah bukan sahaja untuk meraih pendapatan tetapi mendidik masyarakat membuang sampah dengan betul, mengajar komuniti untuk membawa barang yang dibersihkan serta mengasingkannya mengikut jenis-jenis barangan berkenaan,” katanya.

Hasil dari penyaluran barangan kitar semula di PRPM juga akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikan setempat malahan keuntungannya akan diserahkan secara 100 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");