Sukan Hari Ini

KL Impi Juara Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Muncul juara Liga Perdana dan kembali bersaing dalam Liga Super tahun depan menjadi sasaran yang diletakkan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) ke atas skuad The City Boys.

Presiden KLFA, Khalid Abdul Samad menjelaskan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin termasuk mendapatkan dana yang mencukupi untuk mencapai sasaran itu.

Justeru, beliau berharap semua pemain dapat memberi komitmen 100 peratus untuk memastikan zaman kegemilangan bola sepak Kuala Lumpur dapat dikembalikan pada musim 2021.

“Saya merasakan pasukan ini tidak sepatutnya berada di Liga Perdana, saya tak faham apa yang berlaku musim lalu. Musim ini adalah musim untuk kita keluar dari Liga Perdana dan kembali ke Liga Super.

“Kita nak tentukan bahawa kita memulakan musim ini dengan kemenangan dan kekal di kedudukan nombor satu atau nombor dua, kita tak mahu jatuh ke nombor tiga atau empat.

“Matlamat kami juga mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai antara pasukan terbaik di Malaysia. Kita akan pastikan kita ada penaja yang akan bersama sepanjang musim hingga kita masuk ke Liga Super,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani pemain Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Selain itu, Khalid turut mengesahkan Kuala Lumpur akan mempunyai pasukan sokongan atau ‘feeder club’ yang kemungkinan akan bersaing dalam Liga M3.

“Kita sudah memutuskan untuk mengadakan feeder club dan ia akan diuruskan Timbalan Presiden KLFA, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid berkata jurulatih, Nidzam Adzha Yusoff dalam proses melakukan penilaian terakhir ke atas dua pemain import Guy Gnabouyou dan Davy Angan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");