Perak Hari Ini
Like

MB Inc. Serah Dana RM50 Ribu Perkasa Bidang Pendidikan

January 15, 2020
369 Views
0 Comments
1 minute read
MB Inc. Serah Dana RM50 Ribu Perkasa Bidang Pendidikan

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sam Chai bagi meningkatkan mutu dalam bidang pendidikan negeri Perak.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin, sumbangan tersebut adalah sebahagian daripada Program Tangungjawab Sosial Korporat (CSR) MB Inc. yang merupakan inisiatif bagi memperkasakan bidang pendidikan negeri Perak.

“Sumbangan ini adalah salah satu program CSR yang diadakan setiap tahun oleh MB Inc untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan di negeri Perak.

“Baru-baru ini, MB Inc. juga telah menganjurkan program CSR ‘Back to School’ di Kapal Korek Tanjung Tualang Nombor 5, di mana kita telah menyerahkan sumbangan berupa kelengkapan sekolah kepada 100 murid dari keluarga yang kurang berkemampuan di mana ianya untuk membantu meringankan beban ibubapa mereka.

“Kami juga berharap ia akan meningkatkan motivasi para pelajar untuk menempuhi penggal baru persekolahan tahun 2020,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hadir bagi menyaksikan penyerahan sumbangan tersebut yang disampaikan oleh Anuar Zainal kepada pengetua sekolah SJK (C) Sam Chai, Pang Hen Hock.

Turut hadir adalah guru-guru, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan ibu bapa Sekolah (PIBG) dan 10 orang murid tahun lima sekolah berkenaan.

Menurut pihak MB Inc, fokus utama CSR yang dijalankan adalah berteraskan kepada tiga tunjang utama iaitu masyarakat dan pembangunan belia, pendidikan dan sukan.

Program CSR yang dijalankan tersebut diharap dapat melahirkan modal insan dengan masa depan yang berkualiti, berteraskan kepada tunjang tersebut,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.