Membawang Hari Ini

Nam Ron Bimbang Menteri Bangang Ganti Maszlee

Umum mengetahui semalam Dr Maszlee Malik mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan. Perkara itu ternyata mengejutkan rakyat Malaysia sehingga satu petisyen dilancarkan mahu Dr Maszlee kekal sebagai Menteri Pendidikan.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah, Nam Ron yang meluahkan rasa bimbang seandainya menteri yang gemar mengikut telunjuk atau ‘pak turut’ bakal mengisi jawatan tersebut.

“Apa yang TA takuti jawatan ini akan diisi oleh menteri bangang seperti ini lagi. Maka habislah anak-anak kita kena cucuk hidung seperti kita. Jadi pak turut,” tulisnya.

Membahasakan dirinya sebagai Tok Ayah, Nam Ron turut berkongsikan pengalamannya sendiri sewaktu dia masih di bangku sekolah dan sangat benci dengan menteri pendidikan pada ketika itu adalah Anwar Ibrahim.

“Dulu masa TA sekolah, TA benci betul menteri pelajaran waktu tu yang bernama Anwar Ibrahim. Dialah yang beria-ia mahu kaedah merotan murid depan khalayak dilaksanakan.

“Baginya itu adalah kaedah pembelajaran terbaik. Melayan murid seperti lembu. Hingga melahirkan satu generasi yang telah dirosakkan jiwa mereka. Parut dirotan mungkin hilang tapi kesan psikologi anak-anak akan kekal.

“Generasi ditarik hidung inilah yang mewarnai landskap sosial dan politik rakyat Malaysia hari ini,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, keputusan Dr Maszlee meletakkan jawatan menjadikan beliau sebagai antara menteri yang memegang portfolio ini dalam tempoh yang tersingkat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");