Perak Hari Ini

Pekerja Mogok, Kenaikan Gaji Tahunan Tidak Setimpal

IPOH- Hampir 50 orang pekerja mewakili Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen (CIEU) mengadakan mogok di hadapan kilang berkenaan apabila Perbincangan Bersama (CA) menemui jalan buntu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan yang tampil ke kilang berkenaan bagi menyelesaikan permasalah tersebut, perkara ini tercetus selepas luputnya CA diantara pihak majikan dan kesatuan.

“Setakat ini hubungan diantara majikan dan kesatuan dalam keadaan baik namun satu perjanjian bersama dilaporkan telah luput pada 30 Jun 2019 dan kebiasannya pihak majikan dan kesatuan akan berunding dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh luput iaitu pada Januari 2019.

“Mulai 1 Julai 2019, kedua-dua belah pihak sepatutnya menggunakan Perjanjian Bersama (CA) yang baru tetapi ianya masih belum dapat diselesaikan dan menemui jalan buntu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan mesyuarat bersama pihak majikan, kesatuan dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) di Tasek Cement Corporation Berhad di sini, hari ini.

Kata Sivanesan, jumlah artikel yang terlibat dalam CA tersebut keseluruhannya adalah 41 artikel dan terdapat tiga artikel yang tidak dipersetujui dan boleh dikatakan ia mengalami jalan buntu diantara kesatuan dan majikan.

“Akibat rasa tidak puas hati, kesatuan telah membuat mogok, malahan aduan juga telah dibuat kepada pihak JPP untuk mengadakan mesyuarat perdamaian di mana dua mesyuarat telah dibuat yang mana dipengerusikan oleh Pengarah JPP sendiri.

“Namun begitu, selepas mesyuarat tersebut selesai, tiga perkata tersebut masih belum dapat diseselaikan,” katanya.

Namun begitu, hasil daripada perbincangan yang dilakukan bersama Sivanesan dan pihak syarikat sebentar tadi, kesatuan telah bersetuju dengan CA berkaitan artikel 24 di mana rawatan perubatan kekal dengan nilai RM9,000 bagi tempoh setahun dan artikel 33 iaitu Pelarasan Gaji sebanyak 6.5 peratus walaupun sebelum ini diminta sebanyak 7.5 peratus.

“Walaubagaimanapun, kandungan CA yang mengalami jalan buntu adalah Artikel 10 berkaitan dengan skala gaji dan kenaikan tahunan di mana selepas penetapan gaji minima sebanyak RM1,200, pihak kesatuan meminta supaya majikan turut sama menaikkan gaji pokok perkerja mengikut kategori pekerjaan

“Pihak majikan telah meminta sedikit masa untuk berbincang dengan pengurusan atasan yang terletak di Singapura.

“Kesatuan juga dinasihatkan supaya bertenang untuk mendapatkan keputusan dari pihak majikan tetapi bukan bermakna mogok yang dilakukan tersebut tidak mendapat sebarang tindakan,” katanya.

Tambah beliau lagi, aduan telah dibuat kepada JPP tetapi jika ianya tidak dapat diselesaikan, Kementerian Sumber Manusia akan membawa perkara tersebut ke mahkamah perusahaan.

Sementara itu kata Setiausaha CIEU, Thamotharan berkata, pihaknya berharap agar pelarasan gaji pokok dapat diselesaikan mengikut ketepatan seperti CA yang dipersetujui sebelum ini.

“Selepas perlaksanaan gaji minimum ianya telah memberi kesan kepada kategori-kategori gaji pokok yang lain di mana bayaran yang diberikan tidak sesuai mengikut kategori.

“Saya harap, melalui perbincangan ini akan ada satu keputusan yang baik dari pihak majikan kerana kedua-dua artikel telah kami persetujui mengikut ketepatan sebelum ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");