Panasnya Hari Ini

Peletakan Jawatan Maszlee Beri Bayangan Ada Rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi bayangan peletakan jawatan beliau akan memberi fajar baharu dalam kabinet Kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut laporan Astro Awani, dalam sidang media hari ini, Dr Maszlee menjelaskan keputusan yang dibuat ketika pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan permulaan yang baharu.

“Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.

“Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama,” katanya pada sidang media khas di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada Khamis.

Dalam sidang media itu, Dr Maszlee juga meluahkan kekecewaannya kerana tempoh 20 bulan beliau mengemudi KPM, beliau dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.

“Walau bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM. Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, ‘Pendidikan Untuk Semua’,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga merakamkan penghargaan kepada Dr Mahathir yang telah memberi peluang kepada beliau menerajui KPM selama 20 bulan.

Beliau menyifatkan peluang yang diberikan oleh Dr Mahathir merupakan hadiah terbaik buatnya apatah lagi sebagai seorang pendidik dan aktivis akademia.

Maszlee menjelaskan beliau membuat keputusan untuk mengosong jawatan tersebut selepas mendapat nasihat daripada Dr Mahathir.

“Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang redha walaupun berat, saya, Maszlee Malik memulangkan kembali jawatan saya sebagai menteri pendidikan kepada perdana menteri, berkuatkuasa 3 Januari 2020,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");