Perak Hari Ini

Perak Terus Perhebat Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020

IPOH- Kerajaan negeri akan terus memperhebatkan aspek pelancongan negeri bagi memastikan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dapat berjalan dengan lebih baik.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Tan Kar Hing berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir turut menegaskan bahawa VM2020 merupakan satu agenda kebangsaan yang mana semua negeri terlibat.

“Kita menyambut baik saranan beliau dan mengambil bahagian dalam kempen ini bagi membantu kerajaan persekutuan dalam merealisasikan hasrat sasaran 30 juta kedatangan pelancong luar serta hasil pendapatan pelancongan sebanyak RM100 bilion sempena VM2020.

“Kerajaan negeri turut meletakkan sasaran bagi angka penginapan pelancong bagi pelancong yang hadir untuk merekodkan kehadiran pelancong,” katanya.

Kar Hing hari ini berkesempatan menyertai acara sambutan yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bagi menyambut pelancong menjelang tahun baru 2020.

Sambutan hari ini bertujuan untuk menyambut kedatangan pelancong ke negari kita pada hari pertama bagi tahun 2020 selain menghangatkan lagi kemeriahan sambutan kempen VM2020.

Kata Kar Hing, jumlah penumpang yang menggunakan laluan LTASA turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu.

“Jumlah penumpang yang dicatatkan sepanjang tahun 2019 telah meningkat sebanyak 18.7 peratus iaitu sebanyak 374,752 penumpang bermula dari Januari hingga Oktober berbanding pada tahun 2018 iaitu seramai 315,673 penumpang dengan kadar 15 peratus.

“Kerajaan negeri juga dalam fasa terakhir dalam merangka pelbagai program bertaraf antarabangsa pada tahun ini,” katanya.


Dalam pada itu, majlis sambutan pelancong seperti ini diadakan secara serentak di 22 pintu-pintu masuk utama dan lokasi terpilih di seluruh Malaysia bagi

Kumpulan pertama penumpang bagi penerbangan Flyscoot dan Air Asia dari Singapura yang tiba di lokasi disambut dengan persembahan kebudayaan yang terdiri daripada tarian tradisional, demonstrasi dan jualan oleh pengusaha-pengusaha kraftangan Negeri Perak.

Acara sambutan ini diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan agensi korporat yang terlibat dalam industri pelancongan yang turut sama memeriahkan majlis di setiap lokasi pintu masuk dengan penglibatan dari segi bantuan persediaan majlis dan juga sumbangan penyediaan cenderahati untuk pelancong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");