Berita Hari Ini

Pihak Berminat Beli PLUS Tidak Berjumpa Khazanah

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd menjelaskan bahawa pihak yang mengemukakan tawaran untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd tidak berbincang secara terus dengan sayap pelaburan kerajaan itu.

Dalam kenyataannya, Khazanah berkata kerajaan ada membuat sesi libat urus dengan pemegang saham PLUS dengan matlamat mengurangkan beban tol pengguna lebuh raya dan tekanan pampasan kerajaan, selain mengambil kira nilai konsesi lebuh raya bagi pemegang kepentingan hutang dan ekuiti sedia ada.

“Khazanah sedia maklum mengenai beberapa tawaran yang tidak berkaitan, walaupun pihak yang terbabit tidak berbincang secara langsung dengan kami.

“Kami sudah memberikan nasihat dan pandangan kepada kerajaan, di samping berbincang untuk membantu dalam menentukan pertimbangan dasar ke arah mencapai matlamat berkenaan,” katanya.

Khazanah menegaskan, sepanjang proses libat urus itu, kerajaan bertindak secara profesional dan menegakkan prinsip tadbir urus yang sewajarnya bagi mencapai penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan.

Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS menerusi anak syarikatnya UEM Group Bhd, manakala baki 49 peratus dimiliki oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, sebelum ini berkata, Khazanah dan KWSP tidak pernah menawarkan PLUS untuk dijual, malah tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan pada masa ini.

“Apabila merujuk tawaran yang diterima, wujud sedikit kesilapan kerana tiada sebarang proses bidaan yang dilaksanakan atau wujud pihak pembida.

“Itu semua adalah tawaran secara sendirian yang dikemukakan kepada kerajaan berbanding kepada pemegang saham semasa PLUS dan kami tidak terbabit dalam sebarang proses jualan aset berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Forum Integriti 2020 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat), semalam memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");