Perak Hari Ini

PM Tak Perlu Bermesyuarat Dengan PH Untuk Lantik Menteri Pendidikan Baharu

IPOH: Tiada keperluan bagi Pakatan Harapan (PH) untuk bermesyuarat bagi memilih Menteri Pendidikan yang baharu dari kalangan anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan media berkata Perdana Menteri juga tidak perlu membincangkan hal pelantikan seorang menteri dalam mana-mana mesyuarat khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.

“Menurut Perkara 43 (2)(b) Perlembagaan Persekutuan atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik menteri daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.

“Ini bermakna adalah menjadi prerogatif atau hak budi bicara Perdana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan seorang menteri,” katanya menerusi kenyataan tersebut.

Pada masa sama katanya, Bersatu akan sentiasa berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam apa jua keputusan beliau berhubung pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu demi kemajuan pendidikan negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");