Perak Hari Ini

Sudah Ada Calon Datuk Bandar Yang Sesuai- Exco

TRONOH- Kerajaan Perak sudah mempunyai calon yang sesuai bagi menggantikan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang kini sedang memangku jawatan tersebut setelah dilantik menjadi Setiasaha Kerajaan Negeri.

Namun begitu menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu, Yong Choo Kiong, kerajaan negeri belum boleh mengumumkan individu yang bakal dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh baharu tersebut.

“Sebagai kerajaan, kita tidak boleh bongkarkan perkara ini sebelum ada satu keputusan muktamat kerana jika ianya masih dalam proses dan jika individu berkenaan tidak jadi lantik maka akan wujudnya masalah.

“Kerajaan negeri juga tidak akan mengumumkan perkara sehingga ianya rasmi tetapi sudah ada calon yang sesuai untuk menyandang jawatan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kepada media semasa Majlis Perasmian Dewan Orang Ramai Tronoh dan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di sini, hari ini.

Kata Pual Yong, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Ahmad Suaidi buat sementara waktu menjadi pemangku kepada Datuk Bandar hanya untuk sementara waktu sahaja tetapi akan melantik Datuk Bandar yang baru dalam tempoh masa yang singkat.

“Seperti dulu sewaktu jawatan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Pengarah Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kosong, ramai yang beri tekanan kepada kerajaan.

“Sebenarnya ini adalah satu proses apabila penjawat awam menjangkau usia 60 tahun, maka mereka perlu bersara dan sebagai sebuah kerajaan, kita akan mencari pengganti yang sesuai untuk menggantikan jawatan tersebut.

“Perkara yang ingin saya tekankan adalah rakyat jangan risau kerana kerajaan kita sentiasa akan bertanggungjawab memenuhkan jawatan penjawat awam yang kosong dan ianya bukan satu masalah,” katanya.

Jelas beliau, dalam masa pelantikan juga, mereka yang ingin akan memenuhi jawatan berkenaan perlu melalui beberapa ujian serta jabatan untuk naik pangkat di mana prosesnya mengambil sedikit masa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");