Sukan Hari Ini

Sumareh Naturalisas Terbaik Negara

“SAYA bagi dia rating 10/10,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang menganggap Mohamadou Sumareh sebagai model pemain naturalisasi terbaik untuk pasukan kebangsaan.

Justeru, Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang bakal menjadi pemain naturalisasi kedua dan ketiga perlu memiliki kriteria sama untuk memberi sumbangan bermakna kepada skuad negara.

Rating sempurna itu berikutan Sumareh bukan saja memiliki skil memukau dan mampu menjaringkan gol penting, malah mempamerkan semangat cintakan negara.

Stuart berkata, Sumareh berjaya mengikuti sistem bola sepak Harimau Malaya seperti yang diterapkan kepada pemain tempatan.

“Sumareh menunjukkan perkembangan positif kerana bukan saja dia naturalisasi dari segi pasportnya, malah beranggapan Malaysia sebagai rumahnya berbanding Gambia.

“Kita boleh lihat apabila kalah dia menangis dan begitu gembira apabila Malaysia meraih kejayaan seterusnya sanggup melakukan apa saja demi pasukan kebangsaan.

“Jika dilihat ratingnya 10/10 kerana mengambil kira semua aspek dengan semangat cintakan negara malah tidak pernah berlagak seperti pemain bintang atau import,” katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Arena Metro semalam melaporkan peminat bola sepak tanah air perlu menunggu lagi untuk melihat de Paula dan Krasniqi beraksi untuk skuad Harimau Malaya berikutan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) masih belum mengeluarkan keputusan berkaitan status mereka walaupun FAM sudah melengkapkan semua dokumen yang diperlukan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");