Perak Hari Ini

Tayar Treler Pecah Punca Nahas 3 Maut 9 Cedera

KUALA KANGSAR: Kemalangan yang berlaku di kilometer 246.1 Lebuh Raya Utara Selatan ke arah selatan, di sini, lewat malam tadi berlaku akibat tayar hadapan kanan treler pecah hingga melibatkan tiga maut manakala sembilan lagi cedera.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Razali Ismail berkata, disebabkan tayar treler pecah, kenderaan berkenaan hilang kawalan dan menghimpit besi pembahagi jalan di kanan laluan sebelum memberhentikan kenderaan di lorong kanan.

“Sejurus treler tersebut memberhentikan kenderaan, datang sebuah kenderaan jenis SUV, Honda BRV dari arah belakang di lorong kanan gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kiri treler sebelum berpusing masuk ke lorong kiri.

“Kemudian, datang pula kenderaan lain yang turut gagal mengelak lalu turut merempuh bahagian belakang kiri serta kanan treler disamping keadaan jalan yang licin,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu dan dua orang penumpang Honda BRV disahkan mati di tempat kejadian, manakala mangsa lain yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Mangsa yang maut ialah pemandu, K. Mahinderan, 56 tahun, dan dua penumpang wanita K. Aruna, 56 tahun, serta S. Thavamalar, 52 tahun.

Mereka yang cedera parah ialah dua penumpang Honda BRV, V. Rukumany, 53 tahun, dan K. Amutha, 57 tahun; tiga penumpang Perodua Axia, Nurul Atikah Mohd Radzi, 24 tahun, Nurul Jannah Zulkifli, 21 tahun, dan Rabiatul Adawiyah Zulkifli, 15 tahun.

Manakala, seramai 10 lagi mangsa, termasuk pemandu treler, mengalami kecederaan ringan atau tidak mengalami kecederaan.

Pemandu treler turut ditahan bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");