Berita Hari Ini

Tiada Lanjutan Visa Untuk Warga China, Kata Wan Azizah

VISA rakyat China yang berada di negara ini tidak akan dilanjutkan, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Tidak, mereka tidak boleh lanjutkan visa mereka, kami akan terus memantau keadaan di sini,” katanya selepas taklimat di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Ini bermakna pelancong-pelancong dari negara itu perlu meninggalkan Malaysia apabila visa mereka tamat di negara ini.

Wan Azizah juga berkata sehingga 2 petang hari ini masih terdapat tujuh kes koronavirus yang disahkan di Malaysia, kesemua mereka adalah warga China.

“Mereka telah menguji pesakit, 74 daripadanya adalah negatif untuk virus itu, manakala lapan masih menunggu hasilnya.”

Bagi sesetengah pihak yang mahu kerajaan meluaskan penggantungan visa kepada semua pelawat dari China, beliau berkata langkah itu tidak akan membuat banyak perbezaan kerana jumlah pelancong dari negara itu telah berkurang.

“Pada masa ini, tidak ramai pelancong China yang masuk ke negara ini, kita juga perlu memikirkan Tahun Melawat Malaysia 2020.”

Minggu lepas Putrajaya memutuskan untuk mengharamkan sementara pelawat China dari wilayah Hubei, termasuk Wuhan – pusat epidemik virus itu.

Semua mekanisme kemasukan termasuk kemasukan visa percuma, visa semasa ketibaan, e-visa dan visa manual untuk warga China ini digantung serta merta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");