Berita Hari Ini

Laluan Khas Saring Pelancong China, Kata Ketua Pengarah Kesihatan

LALUAN khas akan disediakan kepada pelancong dari China di pintu masuk negara sebagai langkah memperketatkan lagi saringan bagi mencegah wabak koronavirus, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata perkara itu antara keputusan yang dimuktamadkan dalam mesyuarat berkenaan wabak Novel Koronavirus (2019-nCoV) yang disertai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Malaysia Airports Bhd.

Mesyuarat itu turut dihadiri wakil dari Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Antara langkah lain yang diputuskan dalam mesyuarat siang tadi termasuklah memastikan semua pelancong tempatan dan asing dirujuk kepada Kementerian Kesihatan berkenaan gejala wabak seperti selesema; memastikan majikan menyediakan perlidungan kepada pekerja; dan memberi latihan mengenai langkah-langkah mencegah jangkitan.

Mesyuarat juga bersetuju tiada halangan akan dikenakan buat masa ini kepada sebarang perhimpunan besar, acara atau konvesyen antarabangsa, memandangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengeluarkan sebarang arahan.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan tidak melarang sambutan perayaan Thaipusam yang jatuh pada 8 Februari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");