Berita Hari Ini
Like

4 Lagi Pesakit Covid-19 Dibenarkan Pulang, Kata TPM

February 14, 2020
494 Views
0 Comments
1 minute read
4 Lagi Pesakit Covid-19 Dibenarkan Pulang, Kata TPM

EMPAT lagi individu yang dijangkiti Cobid-19 dibenarkan keluar dari Hospital Sungai Buloh hari ini selepas didapati pulih sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 setakat ini tujuh orang, kata Wan Azizah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang ini.

Menurut timbalan perdana menteri, keempat-empat individu tersebut adalah kontak rapat kepada kes pertama yang dilaporkan di Singapura. Mereka terdiri daripada seorang wanita China berusia 66 tahun, dua cucunya berusia 2 dan 11 tahun, serta menantu perempuannya, 36.

Wan Azizah yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata kesemua empat pesakit itu telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang selepas ujian pengesanan ulangan yang dijalankan sebanyak dua kali menunjukkan hasil negatif.

“Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan tahniah kepada semua anggota kesihatan dan perubatan yang telah berusaha menguruskan kesemua kes ini sehingga mereka sembuh dan dibenarkan pulang,” katanya.

Setakat ini Malaysia mencatatkan 19 kes positif Covid-19.

Komen & Pendapat

Comments are closed.