Berita Hari Ini

3 Negeri Warta Fatwa Bin Atau Binti Abdullah, 99 Nama Allah

KUALA LUMPUR: Enam negeri iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Johor, Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu mewartakan anak orang Islam yang dilahirkan di luar ikatan perkahwinan atau tidak sah taraf, tidak boleh di bin atau binti kepada bapa biologinya.

Hasil semakan di laman web Sumber Maklumat al-Ahkam as-Fiqhiyyah (e-SMAF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan fatwa anak tidak sah taraf, mendapati tiga daripada enam negeri berkenaan mewartakan secara khusus fatwa mengenai bin atau binti anak tidak sah taraf terbabit.

Pulau Pinang menerusi fatwa yang diwartakan pada 27 Oktober 2005 menjelaskan anak tidak sah taraf perlu di bin atau binti dengan nama Abdullah manakala Wilayah Persekutuan melalui fatwa yang diwartakan pada 2017 memaklumkan anak terbabit boleh di bin atau binti Abdullah atau nama yang bermula dengan Abdu.

Johor pula mewartakan fatwa berhubung perkara itu pada 21 Mei 2018 dengan mengguna pakai 99 nama Allah, selain nama Abdullah.

Kedah, Negeri Sembilan dan Terengganu pula, masing-masing menerusi fatwa yang diwartakan pada tahun 2011, 2002 dan 2004, tidak membenarkan anak tidak sah taraf di bin atau binti kepada bapa biologinya.

Bagi Sabah dan Sarawak, fatwa yang dikeluarkan pada 2017 dan 2013, menjelaskan anak tidak sah taraf perlu di bin atau binti dengan nama Abdullah, namun fatwa itu tidak diwartakan.

Bagaimanapun Perlis menerusi fatwa yang diwartakan pada tahun 2012, membenarkan anak tidak sah taraf di bin atau binti kepada suami ibunya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");