Perak Hari Ini

Bomba Perak Tubuh Pasukan Menyelamat Di Gua

BATU GAJAH- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak telah menubuhkan satu pasukan penyelamat di gua secara rasmi pada tahun ini.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata seramai 35 orang pegawai akan terlibat dalam pasukan yang merupakan pasukan penyelamat gua pertama di negara ini.

Jelas beliau, memandangkan kawasan gua menjadi satu kawasan tarikan pelancongan yang bakal menjadi tumpuan pengunjung maka piham JPBM merasakan terdapat keperluan untuk menubuhkan pasukan berkenaan.

“Kesemua pegawai ini telah dibuat pemilihan berdasarkan daripada penyertaan unit-unit, sama ada Unit Storm, iaitu Special Tectical, Pasukan penyelam dan ada juga pegawai dari pasukan Multi Skill Team (MUSTEAM) yang mana mereka ini akan diberikan didikan dari segi latihan dan juga kursus berkaitan dengan keselamatan di gua.

“Penubuhan pasukan ini telah pun dibincangkan dan kita telah mendapat dan diberikan galakan oleh exco pelancongan sendiri.

“Fokus kita adalah untuk memantapkan sektor pelancongan negeri Perak supaya ianya menjadi satu kawasan yang begitu disegani dan dilawati oleh pengunjung yang bukan sahaja dilawati dalam negara tetapi luar negara juga,” katanya kepada media selepas menghadiri program Simulasi Penyelam Air di Tanjung Tualang No.5 (TT5) di sini, hari ini.

Katanya, JBPM Perak memandang serius aspek pelancongan yang mana negeri Perak sentiasa menjadi tumpuan pelancongan dan salah satu yang menjadi fokus adalah dari segi lawatan ataupun rekriasi-rekriasi yang dilaksanakan di gua.

“Kita menubuhkan pasukan ini ekoran daripada kes-kes yang berlaku seperti di Thailand dan kita bimbang sekiranya tidak ada satu pasukan yang begitu mantap dari segi kemahiran dan sebagainya sekiranya berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini apabila mereka membuat lawatan ke gua-gua.

“Gua-gua secara dasarnya kita buat penilaian setakat ini berada dalam keadaan yang baik yang mana kita menfokuskan kepada pintu keluarnya ada berapa dan kebanyakkan gua-gua di sini kita melihat terdapat dua hingga ke tiga pintu.

“Jadi jika berlakunya kemalangan bermakna tindakan untuk proses mencari dan juga menyelamatkan diri adalah di tahap yang baik,” katanya.

Tambah beliau, JBPM akan tempatkan pegawai berkenaan di beberapa buah balai yang mana kawasan tersebut telah diteroka dan ia akan menjadi satu sumber kepada ekonomi negeri melalui sektor pelancongan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");