Berita Hari Ini

Harga RON95 kekal, RON97 naik 2 sen, diesel turun 1 sen

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter, manakala RON97 naik dua sen dan diesel turun satu sen berkuat kuasa tengah malam ini hingga 6 Mac ini.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga runcit RON97 dan diesel bagi tempoh tersebut masing-masing RM2.40 dan RM2.13 seliter.

Susulan pengekalan harga runcit petrol RON95, kementerian itu memaklumkan kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak sebanyak RM6.12 juta bagi tempoh seminggu bermula 29 Feb hingga 6 Mac ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");