Membawang Hari Ini

“Hei Kamu Mazenah Tinah…”

Sejak mendirikan rumah tangga bersama jejaka dari Kelantan, pelakon Elly Mazlein sering berkongsi momen indahnya bersama-sama dengan suami.

Kisah kebahagiannya kini tidak lari daripada menjadi perhatain pihak media. Namun, seperti biasa lumrah sebagai selebriti apa sahaja yang dilakukan pasti akan ada yang mahu mengecam.

Meluatlah tengok!

Terbaru, beberapa hari lalu satu portal media telah menulis cerita berkenaan, video yang dimuat naik pelakon itu, menunjukkan suaminya mencium leher Elly ketika masak menimbulkan perasaan kurang senang seorang netizen ini.

Bagaimana pun, satu komen daripada netizen menerusi Facebook dengan nama akaun Maznah Tina telah menjadi perhatian, berikutan komen pedasnya terhadap Elly Mazlein.

Mazenah Tinah, teman tak marah teman suka

Selepas komen daripada Maznah Tina itu mula tular, Elly tampil membuat satu video memberi maklum balas mengenai kritikan yang diterima oleh pengguna Facebook tersebut.

Kita orang Perak tak suka gaduh2

Dalam nada bersahaja, Elly sambil berseloroh membidas semula komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Baginya, berkongsi mengenai hal peribadi adalah haknya.

“Hei kamu Maznah Tinah. Teman perati ke kamu. Nak marah pun ada tapi malas. Kita ni orang Perak tak suka gaduh pulak tu, sekarang ni dah campur dengan Kelantan. Ambo ni ore kelate, toksey gaduh-gaduh…”

Biarlah laki dia nak cium

Video Elly Mazlein itu kini telah menjadi viral di sosial media, rata-rata netizen terhibur dengan cara pelakon tersebut memberi maklum balas kepada ‘makcik bawang’ berkenaan.

Gedik pun dia jadi diri sendiri

Kak lina abaikan jer komen makcik bawang tu

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");