Berita Hari Ini

Hospital Selayang Sedia Kendali Kes Koronavirus Ketika Thaipusam

Hospital Selayang dikhaskan sebagai pusat operasi perubatan bagi menangani wabak koronavirus (2019-nCoV) susulan sambutan perayaan Thaipusam Sabtu  ini.

Ia merupakan hospital kerajaan terdekat dengan Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves, tempat di mana ramai penganut Hindu bakal menyambut perayaan tersebut.

Seramai 1.6 juta rakyat hadir di Batu Caves bagi menyambut Thaipusam tahun lalu.

Mengikut aplikasi Peta Google, jarak antara kedua tempat tersebut adalah sejauh 12.5km.

Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad berkata demikian pada sidang akhbar hari ini bahawa hospital tersebut sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

“Pusat operasi perubatan akan diselaraskan oleh Hospital Selayang dan ia akan menjalankan pelbagai aktiviti yang bertujuan untuk mencegah, membendung dan menanggapi sebarang kejadian yang mungkin berlaku.

“Hospital itu akan dikhaskan bagi memberi bantuan kepada sebarang insiden,” katanya di Putrajaya.

Sementara itu, Dzulkefly turut menasihati kepada rakyat yang tidak sihat untuk elak menyambut Thaipusam di luar.

“Tolong pakai topeng muka kepada sesiapa yang ingin hadir pada perayataan tersebut,” katanya.

Beliau juga menggesa para penganut dan pelawat yang merancang ke Batu Caves mengambil langkah pencegahan, iaitu kerap membasuh tangan dengan sabun dan air.

Sehingga 6 Februari, Malaysia telah mencatatkan 14 kes 2019-nCov – empat rakyat Malaysia dan 10 warga China.

Seorang wanita berusia 40 tahun dikenal pasti hari ini dijangkiti virus berkenaan selepas mempunyai kontak dengan abangnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");