Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Berkenan Hadir Sambutan Tahun Baru Cina Perak

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Perak di Bandar Sri Botani Eco Park di sini, malam ini.

Hampir 10,000 orang terdiri dari pelbagai kaum menghadiri dan memeriahkan majlis sambutan pada tahun ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris Iskandar dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; isteri beliau Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy; Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye serta barisan exco kerajaan negeri.

Baginda juga berkenan menyerahkan ‘angpow’ kepada anak-anak yatim dari tiga buah rumah anak yatim.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Tan Kar Hing yang juga Pengerusi sambutan majlis dalam ucapan aluannya berkata sambutan pada tahun ini yang bertemakan ‘Sama-Sama Kongsi’ membawa maksud semua masyarakat berbilang kaum.

“Melalui tema tersebut, kita perlu bersama mengukuhkan perpaduan dan bersatu tanpa mengira bangsa dan agama.

“Semua masyarakat harus memahami dan menghayati pentingnya perpaduan setiap kaum dan menghormati kewujudan masing-masing dalam mempertahankan kemerdekaan supaya menjamin keamanan negara yang makmur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");