Panasnya Hari Ini

Isu Peralihan Kuasa Dimutktamad Pada 21 Februari Ini

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya bagi membincangkan isu peralihan kuasa yang menimbulkan banyak spekulasi sejak kebelakangan ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar membangkitkan usaha PAS, sekumpulan pemimpin UMNO dan sebilangan kecil pemimpin PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) bagi menyokong kepemimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Anwar berkata, Dr Mahathir menegaskan beliau tidak terbabit dalam usaha itu, malah mengulangi kenyataan tegas bahawa beliau akan melepaskan jawatan seperti yang dijanjikan.

“Saya memaklumkan kepada Perdana Menteri memandangkan wujud muslihat licik sedemikian, maka pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan beberapa rakan lain akan tetap mempertahankan perjanjian Muafakat PH yang dimeterai pada 7 Januari 2018, yakni tegas menyokong kepimpinannya selaku Perdana Menteri Ke-7 dan saya sebagai Perdana Menteri Ke-8.

“Saya cenderung supaya beliau terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

“Namun perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Anwar turut mengingatkan muafakat yang termeterai selama hampir dua tahun usia PH, tidak pernah digugat oleh mana-mana parti bersekutu iaitu PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

PAS sebelum ini dilaporkan menyatakan pendirian untuk menyokong kepemimpinan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan.

UMNO pula seperti didedahkan bekas Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Lokman Noor Adam, Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedang melobi Ahli Parlimennya untuk mendapatkan SD untuk menyokong Dr Mahathir.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");